Friday 30 September 2016

Definisi dan kepentingan reka bentuk visual

APA ITU REKA BENTUK VISUAL?

          Reka bentuk visual adalah satu prinsip asas sesebuah grafik. Ia juga adalah satu bentuk media jenis bukan cetakan. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau bertulis. Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada kualiti visual tersebut.
           Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan, penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa visual mampu memberi impak positif dan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi terhadap proses pemerolehan maklumat.
           Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Ini menunjukkan bahawa bahan visual seperti gambar lebih mampu merangsang otak berbanding perkataan.






REKA BENTUK LAMAN WEB

Laman Web merupakan bentuk komunikasi paling popular dan berkesan masa kini.  Reka bentuk laman web yang menarik memerlukan kemahiran pereka grafik dalam mengaplikasi perisisan khas laman web
Reka bentuk laman web yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
  • · Penggunaan imej yang ringkas dan tepat
  • · Penggunaan butang yang mudah atau menarik
  • · Warna yang sesuai
  • · Saiz bukaan yang standard (640 x 480 pixel)
  • · Menggunakan maklumat yang padat dan berkesan
  • · Jelas sasaran penggunanya
  • · Menggunakan animasi yang minima
  • · Trend reka letak terkini
  • ·  Butang kawalan yang berfungsi dengan baik




 KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL (LAMAN WEB)

1.   Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
2.   Paparan visual seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
3.    Visualisasi merupakan antara proses komunikasi yang dapat meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
4.   Berperanan untuk menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
5.   Penggunaan grafik visual di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web. 


Elemen dan prinsip reka bentuk visual

APAKAH ELEMEN DAN PRINSIP YANG PERLU ADA DALAM REKA BENTUK VISUAL?

Elemen reka bentuk visual

Image result for elemen reka bentuk visual

1. Ruang /space
Ruang biasanya diletakkan sebagai salah satu elemen untuk menampakkan kekemasan dan teraturnya serta menimbulkan rasa lapang atau selesa untuk visual-visual yang dipaparkan. ruang kosong yang ditunjukkan adalah untuk memberikan perasaan selesa untuk pemerhati menonton visual kita. 
  

2. Garisan
Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

3. Permukaan
Permukaan boleh diubah dan diolah dengan  memberi warna dan tekstur.Garis dan tekstur boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual lebih menarik.

4. Warna
Warna sangat memainkan peranan dalam membentuk sesuatu reka bentuk visual. warna dapat memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek. Selain itu, penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu.  Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya. Tambahan lagi, tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

5. Bentuk Dua Dimensi / shape
Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

1.    Bentuk geometri
2.    Bentuk abstrak
3.    Bentuk gambaran

Bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas
1.   Gambar                    5.   Grafik
2.   Carta                        6.   Peta
3.   Graf                          7.  Poster
4.   Kad Imbasan            8.   Kad Gambar


6. Bentuk Tiga Dimensi/form
Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi.

1.    Tiga dimensi sebenar

2.   Tiga dimensi tiruan

Prinsip reka bentuk visual

Prinsip reka bentuk visual membantu kita bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen dalam reka bentuk. Ia juga membantu menghasilkan visual yang lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Antara prinsip reka bentuk visual :  




C - Contrast (kontras)
  • 2 item tidak serupa jadi perbezaan dapat diperlihatkan dengan ketara. 
  • ideanya adalah untuk mengelakkan undur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama
  • jontras antara imej, warna dan tipografi.
Image result for contoh gambar yang menunjukkan elemen kontras

A - Alignment (Seimbang)
  • elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
  • 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
  • penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.


S - Simplicity (Simplisiti)
  • rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
  • mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat
  • hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
  • idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.


P - Proximity (Penyatuan)
  • perhubungan lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi sebagai satu keseluruhan.
  • diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu dan warna.


E - Emphasis (Dominan)
  • pusat penumpuan atau minat.
  • dalam sesuatu rekaan visual, obejk atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. 


R - Repetition
  • tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.

Ciri-ciri reka bentuk visual yang menarik

APA CIRI-CIRI REKA BENTUK VISUAL MENARIK YANG PERLU ADA


Reka bentuk visual selalu nya dijadikan pameran untuk tujuan komersil bagi menarik perhatian pengunjung. Oleh itu, mesej yang disampaikan mestilah jelas dan mudah difahami bagi menerangkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan. 

Antara ciri-ciri reka bentuk 

  • Jelas : mesej reka bentuk yang disampaikan mudah difahami dan jelas
  • Tersusun : susun atur aliran penyampaian maklumat teratur dan berkesan


  • Menarik : susun atur, pengolahan dan penerangan menarik perhatian


  • Ringkas dan padat : penyampaian isi maklumat yang ringkas tetapi padat

Kesilapan dalam reka bentuk visual

APA KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM REKA BENTUK VISUAL?

Pelbagai kesilapan dilakukan dalam menghasilkan reka bentuk visual yang berkesan dan menarik. Kesan nya dapat dilihat apabila sesuatu reka bentuk itu kurang mendapat perhatian mahupun sambutan dari orang ramai. Akibat nya mesej yang hendak disalurkan tidak dapat difahami dan kurang jelas maksudnya. Di sini terdapat beberapa kesilapan dan kesalahan yang sering dilakukan dalam proses menghasilkan reka bentuk. Antaranya :
1. Terlalu banyak maklumat dan isi di dalam suatu reka bentuk.


2. Reka bentuk yang dihasilkan tidak menggunakan nisbah yang betul.

3. Reka bentuk tidak mewakili tajuk.


4. Tidak menggunakan warna dan saiz teks yang bersesuaian.


5. Imej dan ilustrasi tidak jelas dan tidak dapat difahami.

Sunday 25 September 2016

Tips reka bentuk visual yang menarik

APAKAH TIPS MEMPUNYAI REKA BENTUK YANG MENARIK?

Terdapat pelbagai tujuan reka bentuk dihasilkan antaranya untuk tujuan komersil. Maka, sesuatu reka bentuk itu mestilah memiliki ciri-ciri yang dapat menarik perhatian orang ramai disamping dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas, berkesan dan mudah difahami. Ianya juga haruslah menzahirkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips bagi menghasilkan sesuatu reka bentuk yang menarik : 
1. Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.

2. Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang bentuk. Contohnya,

    Seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi "header" dan "teks".


3. Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan senang untuk

    difahami.
Tips pemilihan warna yang sesuai untuk web anda!


4. Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang keterlaluan kerana ia melambangkan reka bentuk

    yang dipersembahkan dengan lebih jelas.



     RUJUKAN KAMI: