Friday, 30 September 2016

Elemen dan prinsip reka bentuk visual

APAKAH ELEMEN DAN PRINSIP YANG PERLU ADA DALAM REKA BENTUK VISUAL?

Elemen reka bentuk visual

Image result for elemen reka bentuk visual

1. Ruang /space
Ruang biasanya diletakkan sebagai salah satu elemen untuk menampakkan kekemasan dan teraturnya serta menimbulkan rasa lapang atau selesa untuk visual-visual yang dipaparkan. ruang kosong yang ditunjukkan adalah untuk memberikan perasaan selesa untuk pemerhati menonton visual kita. 
  

2. Garisan
Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

3. Permukaan
Permukaan boleh diubah dan diolah dengan  memberi warna dan tekstur.Garis dan tekstur boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual lebih menarik.

4. Warna
Warna sangat memainkan peranan dalam membentuk sesuatu reka bentuk visual. warna dapat memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek. Selain itu, penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu.  Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya. Tambahan lagi, tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

5. Bentuk Dua Dimensi / shape
Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

1.    Bentuk geometri
2.    Bentuk abstrak
3.    Bentuk gambaran

Bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas
1.   Gambar                    5.   Grafik
2.   Carta                        6.   Peta
3.   Graf                          7.  Poster
4.   Kad Imbasan            8.   Kad Gambar


6. Bentuk Tiga Dimensi/form
Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi.

1.    Tiga dimensi sebenar

2.   Tiga dimensi tiruan

Prinsip reka bentuk visual

Prinsip reka bentuk visual membantu kita bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen dalam reka bentuk. Ia juga membantu menghasilkan visual yang lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Antara prinsip reka bentuk visual :  




C - Contrast (kontras)
  • 2 item tidak serupa jadi perbezaan dapat diperlihatkan dengan ketara. 
  • ideanya adalah untuk mengelakkan undur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama
  • jontras antara imej, warna dan tipografi.
Image result for contoh gambar yang menunjukkan elemen kontras

A - Alignment (Seimbang)
  • elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
  • 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
  • penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.


S - Simplicity (Simplisiti)
  • rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
  • mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat
  • hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan.
  • idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.


P - Proximity (Penyatuan)
  • perhubungan lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi sebagai satu keseluruhan.
  • diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu dan warna.


E - Emphasis (Dominan)
  • pusat penumpuan atau minat.
  • dalam sesuatu rekaan visual, obejk atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. 


R - Repetition
  • tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.

No comments:

Post a Comment